Pages - Menu

Sunday 28 April 2013

Sumbangan Tamadun China Dalam Pelbagai Bidang Keperluan Manusia Kepelbagaian Genre Sastera Cina Klasik



Puisi
Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi).Puisi-puisi dalam antologi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan member! inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian. Shijing bersama empat klasik lain iaitu Yijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual) dan Chun qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik) dan sejak kurun ke-2SM ianya sangat dihormati oleh sarjana- sarjana Cina. Puisi yang terkandung dalam Shijing pada asasnya dinyanyikan dengan iringan muzik. Sesetengah puisi, terutamanya puisi kuil juga diiringi oleh tarian.

Shijing

Chu ci (Nyanyian Chu) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap mewakili antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai Yangzi. Puisi-puisi yang berasal dari kawasan selatan ini menunjukkan pola irama yang agak berbeza daripada Shijing, misalnya baris-bans lebih panjang dan kurang tetap menyebabkan puisinya lebih sesuai dideklamasikan.

Chu ci


Prosa
Prosa klasik, atau dikenali guwen, adalah dominan dalam sastera Cina klasik. la menggunakan bahasa klasik. Terdapat juga prosa vernakular, atau haihuawen, yang ditulis dalam bahasa pertuturan (percakapan).

Guwen


Drama
Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama.

Zaju

Drama jenis lain yang harus diperkenalkan ialah chuanqi. Chuanqi yang berkembang semasa zaju, lebih panjang dari segi skop iaitu biasanya berjumlah tiga sehingga empat puluh adegan (babak) dan lebih fleksibel dari segi muzik dan nyanyian. Selain chuanqi, kunqu Juga amat menarik. Bentuk drama ini berdominan sejak kurun ke-16 sehingga ke-18 dan merupakan kegemaran golongan pujangga kerana stall nyanyiannya halus dan muziknya bergaya.


Chuanqi

Fiksyen
Istilah Cina bagi merujuk genre ini ialah xiaoshuo bermaksud percakapan kecil, dan percakapan sia-sia. Ternyata, kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa yang selama ini bukan sahaja mempunyai fungsi sastera tetapi juga berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik.

Xiaoshuo

No comments:

Post a Comment