Pages - Menu

Sunday 28 April 2013

Kesenian Cina



Kaligrafi
Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. Sebagaimana usaha menghasilkan kaligrafi, untuk memkmati seni im Juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa. Berbanding dengan sent lukisan, contoh kaligrafi lebih tersebar meluas. Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar.

Kaligrafi

Seni Lukis
Lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama, xieyi (bebas tangan/freehand brushwork) dan kedua, gonghi (menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir). Xieyi merupakan pendekatan asas lukisan Cina. Teori estetik xieyi menitikberatkan sentimen dan mengabaikan realisme. Aspek seperti perspektif dan cahaya tidak penting.

Xieyi


Seni Pembinaan
Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Di peringkat kampung dan desa, kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Di atas pintu terdapat menara yang tinggmya beberapa tingkat. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall of China). Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.

The Great Wall of China

No comments:

Post a Comment