Pages - Menu

Sunday 28 April 2013

Sains dan Teknologi Cina



Bidang Astronomi
Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.



Bidang Matematik
Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.

Sempoa (Abacus)


Bidang Perubatan
Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh dikawal dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional. Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta. Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah. Berdasarkan dua teori ini doktor Cina tradisional mengambil berat tentang kepentingan melaraskan semula keseimbangan harmoni badan seseorang pesakit.

Yinyang

Satu lagi bentuk teori penting ialah teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa). Mengikut teori ini, organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran di mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabilaywg atau luo tersekat, darah dan qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan menyebabkan kesakitan. Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir lancar merupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.


Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan teori jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat dibetulkan. Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2,500SM atau lebih awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan. Dalam rawatan moxibustion, daun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu dibakar.

Jingluo

Bidang Optik
Dalam bidang optik, saintis Cina awal telah memberi perhatian kepada penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubangjarum (pin- hole camera), dan begitu juga pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave- lens). Mereka juga memahami prinsip fokus.

Bidang Alkimia
Ahli alkimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat manusia hidup selama-lamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan" (elixir of life). "Eliksir kehidupan" ini mengandungi bahan-bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenik. Bahan-bahan tersebut kebanyakan adalah bersifat toksik dan ahli alkimia sedar akan sifat ini. Dalam bidang perubatan moden, penggunaan bahan beracun adalah biasa. Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur pelbagai bahan, termasuk bahan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.

Teknologi China

4 Penciptaan Agung
Antara pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dan segi sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat penciptaan agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.


Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.


Teknologi teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan masih wujud sehingga kini ialah fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini disimpan dan dipelihara di Muzium British di England. Buku ini dianggap mewakili hasil daripada pengalaman lama orang Cina dalam teknik percetakan blok (block-printing). Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak (mobile-type printing) dan mula menggunakannya secara umum. Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang sama di dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.


Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui formulanya dalam uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906). Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dan situ diperkenalkan ke negara Eropah.


Kompas juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun Cina yang memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti Han (206SM - 220SM) sifat-sifat magnet sudah diketahui di negara China. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6, orang Cina sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced magnetism), dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di kapal.

8 comments:

  1. Bolekah saya tahu bahan rujukan yang digunkan di dalam laporan ini.??

    ReplyDelete
  2. Hi, tumpang tanya bolehkah saya tahu bahan rujukan ini dapat dari mana website?

    ReplyDelete
  3. Boleh saya tahu siapa yang menulis artikal ini?

    ReplyDelete
  4. Boleh saya tahu sumber rujukan untuk artikel ini?

    ReplyDelete
  5. As reported by Stanford Medical, It is indeed the SINGLE reason women in this country live 10 years more and weigh on average 19 KG less than we do.

    (And realistically, it really has NOTHING to do with genetics or some secret diet and EVERYTHING around "how" they eat.)

    BTW, What I said is "HOW", and not "WHAT"...

    CLICK this link to find out if this little test can help you release your true weight loss possibilities

    ReplyDelete
  6. boleh saya tahu sumber rujukan dari mana?

    ReplyDelete