Pages - Menu

Sunday, 28 April 2013

Sistem Pemerintahan Dan Sistem Politik China Sistem Beraja Tamadun China


Semenjak tamadun awal China (tamadun Sungai Hwang Ho di bawah pemerintahan Dinasti Shang dan Dinasti Chou) lagi China telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak secara monarki. Orang China percaya, Raja diberi mandat oleh tuhan untuk mentadbir. Pada zaman Dinasti Shang dan Chou raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkatan tentera. Pada masa itu China mengamalkan sistem feudal. Zaman kemaharajaan yang paling gemilang ialah ketika China diperintah oleh Shih Huang Ti (Dinasti Chin). Gelaran raja ditukar menjadi maharaja semasa baginda memerintah China. Baginda menghapuskan sistem feudal dan digantikan dengan sistem provinsi/wilayah (36 buah) yang diketuai oleh gabenor. Maharaja dibantu oleh golongan birokrasi yang terdiri daripada pegawai kerajaan. Maharaja Shih Huang Ti mengamalkan undang-undang yang ketat. Undang-undang Dinasti Chin diperkenalkan oleh Han Fei Tsu, seorang ahli falsafah. Beliau menegaskan bahawa tingkah laku manusia hanya dapat dikawal melalui kekerasan dan undang-undang yang tegas. Baginda menggelarkan diri baginda sebagai Maharaja Chin Pertama ( Shih bererti pertama, Hwang Ti bererti maharaja) kerana ingin mengasaskan satu dinasti yang berlainan dari pemerintah yang terdahulu ( sistem feudal).Baginda mahu dirinya dipuja sebagai maharaja (sebelum ini raja dianggap sebagai wakil ‘Raja di Atas’). Oleh kerana baginda ada darah keturunan Tartar, baginda banyak dibantu oleh tentera berkuda Tartar dalam usaha memperluaskan wilayah China. Dalam masa sepuluh tahun, semua wilayah China tertakluk di bawah pemerintahannya. Baginda juga melatih kumpulan penjahat menjadi askar baginda.

Dalam menghadapi bahaya serangan pelanggar-pelanggar Tartar secara besar-besaran, baginda telah membina tembok besar negeri China. Anehnya, jasa yang besar ini dikatakan oleh setengah-setengah ahli sejarah tidak menjadikan orang China terhutang budi kepadanya kerana kesalahan yang dibuat oleh baginda iaitu ‘pembakaran segala buku’. Dalam usaha menolak idea sarjana China dalam hal-hal pentadbiran , baginda telah membakar buku-buku sejarah dan falsafah yang mengandungi unsur-unsur politik dan membunuh 400 orang sarjana pada tahun 213 SM kerana menganggap mereka ‘menyusahkan’ baginda. Bagi orang China peristiwa pembakaran itu dianggap sebagai peristiwa pencabulan pusaka intelektual mereka. Semasa China diperintah oleh Dinasti Han (206 SM – 220 SM) , Sistem Peperiksaan Awam bagi perlantikan pegawai-pegawai kerajaan diamalkan. Sistem ini mengutamakan kebolehan seseorang dan terbuka kepada semua rakyat yang layak. Di bawah pemerintahan dinasti ini, pemimpin-pemimpin wilayah tidak diberi kuasa yang luas dan tidak dibenarkan memiliki kekayaan yang besar. Tujuannya ialah supaya kerajaan pusat menjadi teguh dan tidak dicabar. Dinasti Han mengutamakan undang-undang yang berasaskan ajaran Confucius. Pengasas dinasti ini iaitu Liu Pang memperkenalkan satu Hukum Kanun yang menekankan bahawa hukuman bunuh ialah bunuh, hukuman mencederakan orang ialah dicederakan dan hukuman mencuri ialah dibayar denda sebanyak yang dicurinya. Jika dibandingkan dengan Dinasti Chin, Dinasti Han ini melaksanakan pemerintahan yang kurang ketat. Baginda melonggarkan sistem kerahan buruh dan menggantikan undang-undang China yang berat dan zalim dengan hukuman yang ringan.

Dinasti Shang


Dinasti Chou


Dinasti Chin
  
                                                                                       
Sistem Politik China

Doktrin sistem politik China secara umumnya banyak dipengaruhi aliran falsafah legalisme dan konfusianisme yang dapat dihuraikan melalui ciri-ciri berikut:

Falsafah Legalisme yang bersifat authoritarianism menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan kertertiban dalam masyarakat.

Anti Authoritarian

Manakala aliran Konfusianisme merupakan himpunan idea yang bersifat berpandukan etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik. Falsafah ini memberi keutamaan kepada manusia dan kehidupan sosialnya. Oleh itu, falsafah ini mengabaikan aspek-aspek yang bersifat kerohanian dan kehidupan selepas mati. Ia menganjurkan supaya manusia belajar mengatur diri mereka dengan baik melalui prinsip moral.

Berpandukan etika


Konsep Pemusatan Kuasa

Ia merupakan ciri unik dalam sistem pemerintahan China dimana Maharaja mempunyai kawalan penuh terhadap urusan pentadbiran Negara. Penjelasan mengenai falsafah pemusatan kuasa boleh dilihat melalui kenyataan-kenyataan berikut:
Aliran legalisme ini menekankan pemerintahan bercorakpemusatan kuasa ditangan seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang. Dengan itu masyarakat yang ideal akan lahir jika petani dan tentera dipimpin oleh raja yang maha berkuasa. Sebagai contoh Maharaja Shih Hung Ti daripada dinasti Chin telah berjaya menyatukan seluruh wilayah China di bawah pentadbirannya.

Manakala dalam aliran Confusianisme menegaskan bahawa urusan pemerintahan adalah soal  yang bersifat etika dan kepimpinan melalui teladan. Justeru itu moral dan etika yang baik amat penting dianuti oleh setiap pemerintah. Sekiranya nilai-nilai ini dapat dipupuk pemerintah akan beroleh sokongan rakyat sebagai balasan kepada kebaikan pemerintahannya.  Dengan itu aliran ini menganjurkan pembentukan negara mesti bercorakpaternalistik . Menurut Confucius pemerintah hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebajikan rakyat. Manakala institusi keluarga pula merupakan model terbaik untuk diikuti.

Institusi Keluarga Masyarakat Cina
Terdapat persetujuan agak ramai di kalangan cendekiawan bahawa tamadun Cina berorientasikan humanisme, iaitu manusia dianggap mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Banyak sifat khas tamadun Cina dan nilai-nilainya, yang akan dinyatakan di bawah adalah hasil daripada humanisme antaranya transendensi dalaman, sifat sekular, moralisme sebagai ideologi, personalisme, hubungan manusia dengan alam semesta, institusi keluarga dan pendidikan diberi keutamaan, serta keharmonian merupakan nilai utama.

Humanisme menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular iaitu memisahkan urusan duniawi dengan urusan keagamaan. Teokrasi tidak pernah dijadikan agenda atau pernah muncul sepanjang sejarah China, sebaliknya sisrem politik dan pemerintahan, sistem pendidikan dan institusi-institusi yang lain dipisahkan daripada agama. Namun begitu, ini tidak bererti orang Cina tidak ada rasa takut kepada Maha Agung atau Tian.

Manusia dianggap berkedudukan tinggi iaitu di antara Tian dengan Di (langit dan bumi). Manusia dapat menyertai dan membantu proses perubahan dalam alam semesta. Manusia harus sentiasa menjalin hubungan yang harmoni dengan alam semesta supaya tercapai kesatuan antara kedua-duanya.
Keharmonian dititikberatkan dalam sebarang bentuk hubungan sama ada hubungan antara individu dengan individu, antara individu dengan kelompok, keluarga, komumti atau institusi, antara kelompok dan juga antara manusia dengan alam semesta. Keharmonian dianggap sebagai suatu nilai yang bersesuaian dengan humanisme dan moralisme.

No comments:

Post a Comment