Kaligrafi
Kaligrafi
dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti
seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. Sebagaimana
usaha menghasilkan kaligrafi, untuk memkmati seni im Juga memerlukan
kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang
luar biasa. Berbanding dengan sent lukisan, contoh kaligrafi lebih
tersebar meluas. Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen
kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku
untuk ditiru oleh para pelajar.
Kaligrafi
Seni Lukis
Lukisan
Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama,
xieyi (bebas tangan/freehand brushwork) dan kedua, gonghi (menggunakan
garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir).
Xieyi merupakan pendekatan asas lukisan Cina. Teori estetik xieyi
menitikberatkan sentimen dan mengabaikan realisme. Aspek seperti
perspektif dan cahaya tidak penting.
Xieyi
Seni Pembinaan
Dalam
seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting
kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan
dan keselamatan. Di peringkat kampung dan desa, kadang-kadang benteng
tanah dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama.
Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua
puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki atau
lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan suatu yang
biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi
dan meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang
dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu
malam. Di atas pintu terdapat menara yang tinggmya beberapa tingkat.
Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang dalam
dan lebar. Tembok yang terkenal di negara China dan juga di dunia ialah
Tembok Besar China {The Great Wall of China). Tembok juga dibina bukan
sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil,
istana dan rumah-rumah kediaman.
The Great Wall of China
No comments:
Post a Comment