· Satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan.
·
Konsep Tian
Konsep Tian
Konsep Tian merupakan pemujaan nenek moyang dan Tian.
Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak Dinasti Zhou.Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme.
·
Konsep Dao
Konsep Dao
Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”.
Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, Dao digunakan untuk
I. Menunjukkan satu jalan
II. Cara kelakuan
III. Tabiat ( Baik atau buruk )
Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan konsep metafizik.
Konsep
Dao menurut Konfusiud, merupakan konsep tatatertib moral yang mesti
dipatuhi oleh seseorang individu atau sesuatu set peraturan etika yang
mesti diikuti oleh seseorang individu.
Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
Kitab Yijing ( The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk
merujuk kepada kenyataan muktamad.
Dwikuasa Yin Yang dihasilkan menerusi perubahan Taiji.
Yin Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
Yin
mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah,lembut manakala
Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering dank eras.
Keharmonian Tian dan Manusia
Terbentuk berdasarkan sesuatu penyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian.
Segala
kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi
fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai tanda kemarahan Tian .
Prinsip Zhong Yong
Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian.
Ia juga merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
apa lg?
ReplyDelete