Puisi
Antologi
puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi).Puisi-puisi
dalam antologi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan
yang menjadi contoh dan member! inspirasi kepada penyajak serta penulis
generasi kemudian. Shijing bersama empat klasik lain iaitu Yijing
(Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual) dan
Chun qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing
(Lima Klasik) dan sejak kurun ke-2SM ianya sangat dihormati oleh
sarjana- sarjana Cina. Puisi yang terkandung dalam Shijing pada asasnya
dinyanyikan dengan iringan muzik. Sesetengah puisi, terutamanya puisi
kuil juga diiringi oleh tarian.
Shijing
Chu
ci (Nyanyian Chu) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap
mewakili antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan
Sungai Yangzi. Puisi-puisi yang berasal dari kawasan selatan ini
menunjukkan pola irama yang agak berbeza daripada Shijing, misalnya
baris-bans lebih panjang dan kurang tetap menyebabkan puisinya lebih
sesuai dideklamasikan.
Chu ci
Prosa
Prosa
klasik, atau dikenali guwen, adalah dominan dalam sastera Cina klasik.
la menggunakan bahasa klasik. Terdapat juga prosa vernakular, atau
haihuawen, yang ditulis dalam bahasa pertuturan (percakapan).
Guwen
Drama
Drama
Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera
berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak
pada zaman Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam
karya-karya drama.
Zaju
Drama
jenis lain yang harus diperkenalkan ialah chuanqi. Chuanqi yang
berkembang semasa zaju, lebih panjang dari segi skop iaitu biasanya
berjumlah tiga sehingga empat puluh adegan (babak) dan lebih fleksibel
dari segi muzik dan nyanyian. Selain chuanqi, kunqu Juga amat menarik.
Bentuk drama ini berdominan sejak kurun ke-16 sehingga ke-18 dan
merupakan kegemaran golongan pujangga kerana stall nyanyiannya halus dan
muziknya bergaya.
Chuanqi
Fiksyen
Istilah
Cina bagi merujuk genre ini ialah xiaoshuo bermaksud percakapan kecil,
dan percakapan sia-sia. Ternyata, kedudukan fiksyen tidak setanding
dengan puisi atau prosa yang selama ini bukan sahaja mempunyai fungsi
sastera tetapi juga berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral
etika dan juga sebagai alat politik.
Xiaoshuo
No comments:
Post a Comment