Bidang Astronomi
Di
zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM),
orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat
tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah
penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi
yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000
tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling
awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.
Bidang Matematik
Orang
Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan
sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya
ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas
sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung
dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang
Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan
mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai
pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang
matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.
Sempoa (Abacus)
Bidang Perubatan
Rangka
teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik
yin dan yang dan juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan
bahawa keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan
mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam
badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia
kadar yin dan yang boleh dikawal dan ini merupakan tumpuan paling utama
dalam perubatan Cina tradisional. Teori lima elemen menganggap badan
manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman
seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan
lima elemen dalam alam semesta. Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai
kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang
menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah. Berdasarkan dua teori
ini doktor Cina tradisional mengambil berat tentang kepentingan
melaraskan semula keseimbangan harmoni badan seseorang pesakit.
Yinyang
Satu
lagi bentuk teori penting ialah teonjing (saluran) dan luo (kolateral)
yang merupakan asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan
moxishustion (membakar daun moxa). Mengikut teori ini, organ dalaman,
tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh
saluran di mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabilaywg atau
luo tersekat, darah dan qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan
menyebabkan kesakitan. Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir
lancar merupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu
penyakit.
Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan teori jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat dibetulkan. Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2,500SM atau lebih awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan. Dalam rawatan moxibustion, daun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu dibakar.

Jingluo
Bidang Optik
Dalam
bidang optik, saintis Cina awal telah memberi perhatian kepada
penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubangjarum
(pin- hole camera), dan begitu juga pelbagai imej yang dihasilkan oleh
kanta cekung (concave- lens). Mereka juga memahami prinsip fokus.
Bidang Alkimia
Ahli
alkimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat
manusia hidup selama-lamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir
kehidupan" (elixir of life). "Eliksir kehidupan" ini mengandungi
bahan-bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenik. Bahan-bahan tersebut
kebanyakan adalah bersifat toksik dan ahli alkimia sedar akan sifat ini.
Dalam bidang perubatan moden, penggunaan bahan beracun adalah biasa.
Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat
memanjangkan usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur
pelbagai bahan, termasuk bahan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain
yang berguna.
Teknologi China
Teknologi China
4 Penciptaan Agung
Antara
pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh
dan segi sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia
ialah empat penciptaan agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan,
bahan letupan dan kompas.
Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.
Teknologi teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan masih wujud sehingga kini ialah fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini disimpan dan dipelihara di Muzium British di England. Buku ini dianggap mewakili hasil daripada pengalaman lama orang Cina dalam teknik percetakan blok (block-printing). Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak (mobile-type printing) dan mula menggunakannya secara umum. Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang sama di dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.
Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui formulanya dalam uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906). Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dan situ diperkenalkan ke negara Eropah.
Kompas juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun Cina yang memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti Han (206SM - 220SM) sifat-sifat magnet sudah diketahui di negara China. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6, orang Cina sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced magnetism), dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di kapal.

Bolekah saya tahu bahan rujukan yang digunkan di dalam laporan ini.??
ReplyDeleteHi, tumpang tanya bolehkah saya tahu bahan rujukan ini dapat dari mana website?
ReplyDeleteBoleh saya tahu siapa yang menulis artikal ini?
ReplyDeleteterima kasih sangat2
ReplyDeleteSiapa?
DeleteBoleh saya tahu sumber rujukan untuk artikel ini?
ReplyDeleteAs reported by Stanford Medical, It is indeed the SINGLE reason women in this country live 10 years more and weigh on average 19 KG less than we do.
ReplyDelete(And realistically, it really has NOTHING to do with genetics or some secret diet and EVERYTHING around "how" they eat.)
BTW, What I said is "HOW", and not "WHAT"...
CLICK this link to find out if this little test can help you release your true weight loss possibilities
boleh saya tahu sumber rujukan dari mana?
ReplyDelete