Konfusianisme
Konfusianisme
bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah iaitu
kemanusiaan, suatu filsafat atau sikap yang berhubungan dengan
kemanusiaan, tujuan dan keinginannya
Buddhisme China
Buddhisme
diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (kk 563SM- 483SM) di India
pada kurun ke-6SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun
Masihi yang pertama. Bagaimanapun, selepas disebarkan Buddhisme ke
negara China, agama ini telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan
sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri
kecinaan sehingga ia dikenali sebagai Buddhisme Cina. Namun begitu, asas
pengajarannya tetap berkekalan iaitu penderitaan adalah berpunca
daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia.
Hawa nafsu bagaimanapun, dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan
Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang mengelakkan din
daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan
menurut ajaran Gautama Sidhartha Buddha. Jalan Lapan Lapis Mulia yang
mengandungi lapan aspek penting dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
pertama, panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betui {Right
Understanding) dan pemikiran yang betui (Right Thought); kedua, samadhi
(penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betui (Right Speech),
tindakan yang betui (RightAction) dan cara hidup yang betui (Right
Livelihood); dan ketiga, sila (moral) yang meliputi usaha yang betui
(Right Efford), pertimbangan yang betui (Right Mindfulness), dan tumpuan
yang betui (Right Concentration).
Daoisme
Daoisme
juga diejakan dengan Taoisme dan ia merupakan sebuah falsafah
berdasarkan teks Daode Jing yang dianggap secara meluas sebagai hasil
Laozi dan Zhuangzi. Kitab Daode Jing merukan sebuah karya klasik mistik
bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang ringkas, penuh
dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan
aspek metafizik Dao. Daoisme merupakan agama bagi kebanyakan orang
cina.
Moisme
Moisme
diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM). Antara konsep penting dalam
pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai),
mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib
(feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan
(gongli), pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan
oleh aliran Konfusianisme. Aliran Moisme menitikberatkan konsep nama dan
penganalisisan mengenainya dan ini bermakna, aliran ini telah
mempelopori analisis logik di negara China.
Legalisme
Legalisme
adalah satu dari empat aliran utama filsafat cina pada Periode Musim
Semi dan Musim Gugur serta Periode Negara Perang. Ia diasaskan oleh
seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi dan dilaksanakan semasa China di
bawah pemerintahan Dinasti Chin. Legalisme adalah suatu filsafat
politik pragmatis yang tidak menjawab pertanyaan-pertanyaan tingkat
tinggi seperti alam dan tujuan kehidupan. Legalisme menyarankan
pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada
pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius. Aliran ini
telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara
China.
Islam
Islam mempunyai pusaka yang kaya di China. Agama itu telah wujud di China itu sejak Dinasti Tang apabila seorang sahabat Nabi Muhammad, telah diutuskan sebagai seorang perwakilan rasmi kepada Maharaja Gaozong pada 650 M. Maharaja itu menyamakan antara antara agama Islam dengan ajaran Confucius dan memerintah pembinaan masjid pertama di China. Sebuah ciri terkenal masyarakat-masyarakat Muslim di China adalah kemunculan imam wanita bagi makmun wanita. Suatu bentuk kaligrafi islam, Sini, dan telah ditubuhkan dengan baik di China. Haji Noor Deen Mi Guangjiang adalah seorang penulis khat terkenal menurut tradisi ini.
Baccarat - Online Casino - Play Free Online Casino
ReplyDeleteJoin the 제왕카지노 world 바카라 사이트 famous baccarat game that you are after in Baccarat, Baccarat offers an exciting game, with a chance 바카라 사이트 to play in style without the need to pay the